fbpx
Farid mengakui bukan senang mencari pengganti bekas isteri, Diana Danielle. - AFIQ RAZALI

‘Kalau kahwin setakat hilangkan sepi, itu bukan jalannya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Enam bulan menjalani kehidupan sebagai duda sejak bercerai kali kedua dengan Diana Danielle, pelakon dan pengarah, Farid Kamil mengakui sukar untuk mencari pengganti bekas isterinya itu.

Menurut Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 44, dia mengenali Diana sejak 19 tahun lalu dan untuk mencari pengganti merupakan perkara yang tidak mudah, namuntidak sesekali menutup pintu hati menerima kehadiran orang baharu.

“Sewaktu saya bercinta dan berkahwin dulu saya menggunakan seluruh jiwa dan raga. Jadi untuk kembali melakukan hal yang sama untuk fasa yang baharu, pada saya agak sukar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kedai motor miliknya, NeoFK di, Setia Alam, semalam.

Lelaki seringkali dikatakan cepat ‘move on’ selepas bercerai, namun bagi pelakon filem Lagenda Budak Setan itu, itu semua adalah ketentuan Ilahi.

“Semuanya bergantung kepada matlamat hidup seseorang. Jodoh dan pertemuan itu sudah ditentukan. Tidak semestinya lelaki yang akan kahwin dahulu selepas bercerai. Ada juga wanita yang berkahwin sebelum lelaki.

“Ada orang yang tidak boleh hidup bersendirian terlalu lama. Kita tidak boleh menghakimi orang. Bercinta dan berkahwin selalunya bermain dengan jiwa dan raga.

“Kalau berkahwin setakat untuk menghilangkan kesepian, saya rasa itu bukan jalannya,” jelasnya.

Kongsi Farid lagi, tempoh enam bulan hidup bersendirian juga membuatkan dia akhirnya membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka kedai motor elektrik.

“Dalam masa enam bulan saya lalui fasa bersendirian dan bergelut. Tetapi sebagai seorang lelaki kita perlu jalani perkara tersebut.

“Dalam tempoh enam bulan ini jugalah terhasilnya idea untuk membuka sebuah kedai motor. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mereka teruskan hidup.

Terdahulu Farid dan Diana, atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 33, mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.

Mereka pernah bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023, kemudian kembali rujuk sebulan selepas itu. Jodoh mereka tidak panjang apabila akhirnya disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN