fbpx
Surendran ketika sidang akhbar di sini, hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

Isu Kampung Sungai Baru: Penduduk sedia berjumpa wakil kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Baru menyatakan kesediaan untuk berjumpa dengan wakil kerajaan pada bila-bila masa, bagi membincangkan isu pengosongan kawasan perumahan mereka.

Peguam yang mewakili jawatankuasa itu, N. Surendran berkata, penduduk terbuka untuk berunding tetapi mendesak kerajaan agar segera campur tangan dengan menghentikan sementara proses pengosongan sehingga penyelesaian yang adil dapat dicapai bersama pemaju.

“Kami tidak menolak pembangunan, namun biarlah ia dilakukan dengan cara yang adil.

“Tidak mungkin ada rundingan sekiranya dalam masa yang sama penduduk terus diusir,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan isu tersebut tidak hanya melibatkan kebajikan penduduk Kampung Sungai Baru, tetapi turut memberi impak nasional yang boleh menjejaskan pemilik tanah di seluruh negara.

“Sekarang mata seluruh negara tertumpu kepada Kampung Sungai Baru. Kami sedia berbincang, persoalannya adakah kerajaan juga bersedia?” ujarnya.

Semalam media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, insiden kekecohan ketika operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk terjejas telah lama diberikan notis pengosongan.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan meminta Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani, yang juga dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) untuk menguruskan masalah berkenaan dengan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN