fbpx
HINCAPIE menjadi bintang baharu Arsenal selepas membelinya daripada Leverkusen baru-baru ini. - ARSENAL FC

Hincapie teruja jayakan projek Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Tonggak Arsenal, Piero Hincapie sedia menjadi ‘kereta kebal’ baharu pasukan menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Nottingham Forest di Stadium Emirates malam esok.

Sebagai rekod, Hincapie berhijrah ke Arsenal sebelum jendela perpindahan ditutup menerusi perjanjian secara pinjaman selama semusim daripada kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Hincapie yang berusia 23 tahun berharap tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan tradisi bola sepak di England sekali gus membantu The Gunners memburu trofi berprestij pada musim ini.

“Saya sangat gembira dapat berhijrah ke Arsenal dengan barisan kejurulatihan yang diketuai oleh Mikel Arteta berjaya meyakinkan saya dengan projek jangka panjang yang telah direncanakan.

“Saya harap dapat membantu Arsenal mencapai sasaran yang ditetapkan dan menjadi salah seorang pemain terbaik di kelab ini,” kata pemain antarabangsa Ecuador itu.

Sementara itu, Hincapie mengakui turut mendapatkan ‘tip’ daripada bekas pemain Arsenal, Granit Xhaka yang merupakan rakan sepasukannya di Leverkusen sebelum dia membuat keputusan berkelana ke Emirates.

“Secara jujur, saya meminta pendapat Xhaka sebelum berhijrah ke sini dan dia hanya berikan kata-kata positif sepanjang mewakili kelab ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN