fbpx
Ting Sing, 60, didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 6,191 liter minyak diesel tanpa permit, dua tahun lalu.

Bekas pengarah syarikat didenda RM15,000 miliki 6,191 liter minyak diesel tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Bekas pengarah sebuah syarikat kuari didenda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki barang kawalan iaitu 6,191 liter minyak diesel tanpa permit, dua tahun lalu.

Tertuduh, Lee Ting Sing, 60, juga berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mahkamah turut memerintahkan agar wang jualan minyak diesel yang dirampas sebanyak RM16,715.70 dilucuthak kepada kerajaan melalui Pengawal.

Mengikut pertuduhan, tertuduh merupakan pengarah Syarikat NSS Infraworks Sdn. Bhd. ketika itu didapati telah melanggar Peraturan 18(1), Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki 6,191 liter bahan api diesel yang merupakan barang kawalan berjadual dan digunakan dalam perjalanan perniagaan syarikat berkenaan tanpa kebenaran pengawal.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Mukim Hulu Kinta dekat Kanthan, Chemor pada pukul 3 petang, 16 Mac 2023.

Pertuduhan terhadap bapa kepada lima anak itu dikemukakan mengikut Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN