fbpx
Saifuddin Nasution.

Tiada kompromi pihak salah guna hak berhimpun, timbul huru-hara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Insiden sehingga mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman ketika rempuhan penduduk sewaktu operasi pengosongan bangunan di Kampung Sungai Baru disifatkan satu tindakan keji, tidak bertamadun dan tidak boleh diterima sama sekali.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pihaknya tiada kompromi terhadap pihak yang menyalahgunakan hak berhimpun untuk kepentingan politik sempit, mencetuskan huru-hara atau menyemai kebencian melalui maklumat palsu.

Menurutnya, keselamatan rakyat, keamanan negara dan integriti pasukan keselamatan adalah keutamaan yang wajib dipertahankan.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ini dan telah mengarahkan pihak berkuasa segera bertindak membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Kerajaan sentiasa menghormati hak rakyat berhimpun secara aman seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan, namun kebebasan ini tidak boleh disalahguna.

“Malaysia adalah negara berdaulat yang tertakluk kepada undang-undang; setiap warga mesti menghormati prinsip ini dan mengelakkan sebarang tindakan yang bercanggah dengan peraturan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Sulizmie cedera akibat dibaling menggunakan objek dalam kejadian berkenaan.

Pihaknya mengesan sekumpulan individu yang dikenal pasti bukan penduduk Kampung Sungai Baru dipercayai cuba menimbulkan kekecohan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN