fbpx
Gambar Hiasan

Serangan di Gaza, Qatar, Anwar sifatkan Israel gila kuasa, sombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dunia hari ini disifatkan sedang berada dalam keadaan kacau-bilau dengan konflik, pengeboman dan peperangan yang dicetuskan oleh sikap gila kuasa serta kesombongan Israel.

Ia susulan serangan udara ke atas ibu negara Qatar, Doha, pada kelmarin serta kekejaman di Gaza yang tidak berpenghujung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam beberapa hari kebelakangan ini sahaja, tindakan Israel telah menimbulkan huru-hara, kemusnahan dan kekejaman di rantau tertentu.

Beliau berkata, serangan bertubi-tubi negara rejim zionis itu menyebabkan Gaza menjadi wilayah paling teruk terjejas.

“Beberapa hari terakhir ini, kita menyaksikan satu negara bertindak dengan kegilaan dan keangkuhan yang boleh mencetuskan kekacauan serta kekejaman di seluruh rantau.

“Gaza terus menjadi mangsa, dan kini Qatar turut terjejas. Dunia seolah-olah lumpuh untuk bertindak,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global 2025 di sini, hari ini.

Menurut Anwar, Malaysia akan terus mengambil pendirian tegas dan berprinsip menentang kezaliman Zionis-Israel, penjajahan, kesombongan, serta pengabaian terhadap undang-undang antarabangsa.

Namun pada masa sama, beliau menegaskan perlunya memastikan ‘rumah sendiri’ berada dalam keadaan teratur dengan memartabatkan standard etika.

“Budaya rasuah yang berakar umbi juga perlu dibanteras serta ketidakadilan dan ketidaksamarataan dalam masyarakat juga perlu ditentang.

“Kita juga perlu menggerakkan ekonomi dengan mengangkat ekonomi Islam sebagai alternatif yang berdaya maju,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI