fbpx
Mohd. Fazlan didenda RM35,000 atas dua kesalahan menggaji dan membenarkan PATI bekerja di restoran Chef Faez di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu hari ini.

Restoran Arab, Chef Faez menggaji PATI didenda RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Sebuah restoran makanan Arab, Chef Faez didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) tanpa pas serta permit sah pada lima bulan lalu.

Hakim Nazlyza Mohamad Nazri menjatuhkan hukuman demikian setelah Mohd. Fazlan Mohd. Jek, 48, mewakili syarikat MyRafaez Empire dan Chef Faez Sdn. Bhd. yang mengendalikan restoran berkenaan membuat pengakuan bersalah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, MyRafaez Empire didakwa membenarkan lima warga asing menetap di premis perniagaannya di Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman pada pukul 5.30 petang, 8 April lalu.

Kesemua pekerja asing itu terdiri daripada Muaadh Mohammed Abdo Qasem Al-Daas, 20, yang merupakan warga Yaman, dan empat warga Mesir, iaitu Mohamed Maher Elsayed Sadek Elbamby, 22; Ahmed Ashraf Mohamed Tawfik Elshikh, 29; Mohamed Monir Hosni Hamed Eletrr, 27; dan Said Fahmy Tayab Kelta, 57.

Mohd. Fazlan yang juga mewakili syarikat Chef Faez turut didakwa mengambil seorang pekerja warga Mesir, Tarek Mohamed Elmorsy Zedan, 33, bekerja sebagai pencuci pinggan tanpa pas kerja yang sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tingkat bawah sebuah premis rumah kedai di Jalan Sultan Sulaiman di sini pada pukul 6.25 petang,8 April lalu.

Mahkamah turut mengarahkan kesemua imigran berkenaan dihantar pulang ke negara asal masing-masing dengan kos ditanggung majikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI