fbpx
DANISH Aiman dituduh melakukan rompakan di Mahkamah Sesyen Sungai Petani, hari ini.

Penganggur beri alasan merompak untuk beli makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merompak telefon bimbit sejak Ogos lalu.

Tertuduh, Danish Aiman Ekram Mohd. Fazeri, 21, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Azman Abu Hassan dan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merompak telefon bimbit jenis Vivo dengan menggunakan pisau di hadapan sebuah rumah di Taman Cendana di sini kira-kira pukul 6.30 pagi, 22 Ogos lalu.

Bagi kesalahan itu, dia dihukum penjara lima tahun dan dikenakan tiga sebatan.

Sementara di mahkamah berasingan, dia dituduh melakukan kesalahan sama membabitkan telefon bimbit jenis Vivo Y66 milik seorang wanita di hadapan Tabika Perpaduan Taman Keladi pada pukul 8.30 pagi, 27 Ogos lalu.

Tertuduh juga didakwa merompak telefon bimbit jenis Huawei Nova 3i milik seorang suri rumah, juga dengan bersenjatakan pisau di Bandar Perdana di sini kira-kira pukul 7.35 pagi, 2 September lalu.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Hakim Roslan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak selama enam tahun dan mengekalkan jumlah sebatan dikenakan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN