fbpx
Mohd. Na’im prihatin dengan kesukaran hidup dihadapi keluarga Muhammad Aidil selepas berita pelajar itu disiarkan Kosmo! semalam.

Muhammad Aidil dibantu, Yayasan Taqwa MAIWP bayar yuran ke UKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kesusahan hidup dihadapi seorang pelajar, Muhammad Aidil Izzuddin Akhbar Nizam, 19, hingga menyebabkan dia tidak mampu membayar yuran pendaftaran bagi memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akhirnya mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Sebelum ini, kisah pelajar tersebut disiarkan Kosmo! dengan mendedahkan pelajar berasal dari Jerantut, Pahang itu mungkin tidak mendaftar di UKM pada 27 September depan selepas keluarganya tidak mampu menyediakan yuran pendaftaran sebanyak RM1,200.

Susulan itu, Mohd. Na’im berkata, beliau telah mengarahkan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekekutuan (MAIWP) yang merupakan salah satu agensi kementerian untuk segera membantu pelajar terbabit.

Katanya, Yayasan Taqwa MAIWP akan menguruskan pembayaran yuran pendaftaran Muhammad Aidil.

“Selain itu, kami juga akan menyumbangkan sebuah komputer riba serta akan meneliti sekiranya ada keperluan lain yang boleh dihulurkan bagi memastikan beliau dapat memulakan sesi pengajian dengan lancar dan selesa.

​“Pendidikan adalah kunci kejayaan dan setiap anak muda berhak mendapat peluang yang sama.

“Semoga bantuan ini menjadi pemangkin semangat untuk Muhammad Aidil dan seluruh pelajar yang berhadapan dengan cabaran serupa,” katanya hari ini.

Mohd. Na’im berkata, beliau juga tersentuh hati membaca kisah di Kosmo! tentang Muhammad Aidil yang menghadapi cabaran untuk melanjutkan pengajian di UKM.

“Hasrat beliau untuk menuntut ilmu tidak seharusnya terhenti, terutamanya apabila kita mengetahui bapanya kini terlantar akibat strok, manakala ibunya pula gigih berniaga kuih bagi menampung keluarga.

​“Melihat kesungguhan Muhammad Aidil dan keluarganya, saya terus menghubungi beliau melalui panggilan video untuk menyatakan keprihatinan saya,” katanya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan keluarga Muhammad Aidil buntu untuk menyediakan persiapan memasuki UKM ekoran menghadapi masalah kewangan ekoran ayahnya menghadapi masalah strok sejak enam tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN