fbpx
GAMBAR fail beberapa unit telefon iPhone 17 keluaran terbaharu. - Foto AFP

Bos beri hadiah iPhone 17 kepada semua pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Semua pekerja syarikat media China, Mediastorm akan menerima telefon bimbit iPhone 17 Pro Max versi paling premium, lapor portal berita MSNews hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mediastorm (CEO), Tim Pan baru-baru ini mengumumkan bahawa setiap pekerjanya akan menerima telefon tersebut secara percuma.

Memandangkan hadiah korporat di China dikenakan cukai, Pan meyakinkan pekerja bahawa Mediastorm juga akan menanggung kos tersebut.

Ini bukan kali pertama CEO itu mengejutkan kakitangannya dengan produk Apple.

Pada tahun 2024, kira-kira 100 pekerja Mediastorm masing-masing menerima iPhone 16 Pro, bersama Apple Watch Series 10.

Seperti pemberian tahun ini, syarikat itu turut membayar semua cukai berkaitan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN