fbpx
Nor Aidah ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini.

Bekas guru besar tak mengaku pecah amanah lebih RM16,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah dana sumbangan lebih RM16,000 antara 2020 dan 2021.

Tertuduh, Nor Aidah Baba, 54, membuat pengakuan tersebut selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Nor Aidah semasa kejadian merupakan guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Langat telah pecah amanah wang sumbangan My Kasih Foundation bernilai keseluruhan RM16,525.45 dengan menjadikannya harta itu bagi kegunaannya sendiri.

Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat di sekolah tersebut pada 3 Disember 2020 dan hadapan sebuah cawangan bank di Telok Panglima Garang pada 11 Januari 2021.

Sabit kesalahan bagi setiap pertuduhan boleh dipenjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Asmaa’ Zamri manakala tertuduh diwakili Peguam Nur Fadhilah Zainuddin.

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin selain tertuduh perlu melaporkan diri sekali setiap bulan di Pejabat SPRM Selangor dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes pada 14 Oktober depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI