fbpx
Antara kapal-kapal yang menyertai misi Global Sumud Flotilla. - Foto FACEBOOK SUMUD NUSANTARA OFFICIAL

Sumud Flotilla: Kesemua 15 sukarelawan Malaysia tiba di Tunisia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kesemua delegasi Malaysia terdiri daripada 15 orang yang menyertai misi Global Sumud Flotilla selamat tiba ke Tunisia setelah belayar dari Sepanyol.

Menerusi Facebook Sumud Nusantara Official memaklumkan, seorang daripada delegasi tersebut memerlukan rawatan perubatan sebaik sampai di Tunisia.

“Sebanyak 22 daripada 24 kapal telah berjaya sampai di Tunisia bagi misi Global Sumud Flotilla.

“Serangan ke atas sebuah kapal yang berlaku semalam di pelabuhan Tunisiamasih dalam siasatan.

“Semua pihak dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selagi belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa,” menurut hantaran berkenaan berhubung sidang akhbar yang dibuat semalam.

Sumud Nusantara memaklumakan, sebarang perkara yang berlaku, pihak tersebut akan tetap meneruskan misi ini seperti yang telah dijadualkan.

“Sumud Nusantara telah menubuhkan sebuah Command Centre yang diketuai oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan Cinta Gaza Malaysia bertempat di Mapim warehouse di Sepang,” katanya.

Misi kemanusian Global Sumud Flotilla memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, pada 31 Ogos dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.

Sukarelawan dari 44 negara menyertai misi berkenaan dengan penyertaan dari Asia digabungkan di bawah inisiatif Sumud Nusantara.

Aktivis Sumud Nusantara terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Maldives, Bangladesh, Bhutan, Thailand, Sri Lanka, Nepal dan Pakistan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN