fbpx
Aaron

Pameran perkahwinan 6 etnik semarakkan Festival Budaya Malaysia 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keunikan adat perkahwinan enam etnik utama negara akan dipertontonkan kepada orang ramai menerusi Pameran Perkahwinan Malaysia yang berlangsung Jumaat ini hingga Selasa depan ini di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pameran anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu mengetengahkan tradisi Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan Dusun dan Siam termasuk pakaian pengantin, barangan hantaran serta pelbagai simbol adat yang mencerminkan identiti setiap komuniti.

Menariknya, pameran yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam itu turut menjadi sebahagian daripada Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, warisan perkahwinan yang dipamerkan bukan sekadar budaya, malah menjadi cerminan nilai serta jati diri bangsa.

“Apabila kita saling memahami, menghormati dan menerima perbezaan, maka lahirlah keharmonian yang menjadi kekuatan sebenar Malaysia.

“Inilah semangat Malaysia Madani yang harus terus kita semarakkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penganjuran pameran itu diharap bukan sahaja memberi pengalaman unik kepada pengunjung, tetapi juga menanam rasa kebersamaan dan mengukuhkan ikatan rakyat berbilang kaum ke arah membina negara bangsa yang harmoni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN