fbpx
Tangkap layar video menunjukkan detik Lann rebah di atas podium semasa sidang media semalam. - Instagram

Menteri pengsan beberapa jam selepas dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

STOCKHOLM – Menteri Kesihatan Sweden, Elisabet Lann mengundang perhatian ramai apabila beliau tiba-tiba rebah semasa sidang akhbar pertamanya, beberapa jam selepas mula menerajui portfolio itu semalam, lapor portal berita The Economic Times. 

Sidang akhbar itu turut dihadiri Perdana Menteri, Ulf Kristersson. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @trtworld menunjukkan Lann sedang berdiri bersama beberapa pegawai sebelum terjatuh di hadapan podium. 

Dia kelihatan tidak sedarkan diri sebelum dibawa keluar dari bilik acara. 

Bekas ahli majlis perbandaran Gothenburg itu muncul semula beberapa minit kemudian, lalu menjelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada paras gula dalam darah rendah.

“Ini bukan hari Selasa biasa. Ini boleh berlaku apabila anda mengalami penurunan paras gula dalam darah,” katanya kepada media.

Sidang akhbar itu dibatalkan serta-merta, manakala beliau tidak mengalami kecederaan serius, lapor media tempatan. 

Kejadian mengejutkan itu berlaku ketika sistem kesihatan Sweden sedang dikritik hebat berikutan masa menunggu rawatan yang lama dan kekurangan tenaga kerja. 

Insiden tersebut turut menimbulkan persoalan mengenai kesediaan dan keupayaan Lann untuk memikul tanggungjawab berat sebagai menteri dalam sistem kesihatan yang mencabar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN