fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wang kertas miliknya lesap dan digantikan dengan nilai lebih kecil. - Instagram

Makin menabung, makin jadi sedikit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila duit bernilai jutaan rupiah yang disimpannya di dalam tabung, hilang secara tiba-tiba dan bertukar pada nilai lebih kecil, lapor portal berita Suara. 

Perkara itu dikongsikan menerusi platform Instagram oleh akaun @rumpi_gosip kelmarin. 

Wanita itu mendedahkan bahawa wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM25.59) dan 50,000 rupiah (RM12.79) yang disimpannya hilang secara misteri.

Duit itu bukan sahaja hilang, malah digantikan kepada nilai yang lebih rendah seperti 10,000 rupiah (RM2.55) dan 5,000 rupiah (RM1.27). 

“Saya tidak pernah menabung dengan duit pecahan 5,000 rupiah dan 10,000 rupiah,” kata wanita itu dalam video. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Zaman sekarang simpan duit secara online,” kata seorang netizen. 

“Kena ‘kebas’ dengan toyol,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN