fbpx
Permohonan maaf seorang wanita kepada Fadhlina susulan komen fitnah terhadap beliau.

‘Dengan rendah diri mohon maaf YB Fadhlina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tampil mengemukakan permohonan maaf kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek susulan komen fitnah mengaitkan diri beliau dengan pengetua di sebuah sekolah.

Wanita tersebut menggunakan akaun Facebook Noor Ramzilaa mendakwa telah membuat komen berkenaan tanpa menyelidik terlebih dahulu perkara itu.

Dia mendakwa maklumat berkenaan diambil daripada satu siaran langsung seorang pengguna media sosial selain tangkap layar dikongsikan pada TikTok.

“Dengan rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf saya kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek atas komen saya yang memfitnah beliau sepupu dengan pengetua sekolah Zara Qairina.

“Tanpa selidik, saya terus komen macam ni di Facebook. Saya betul-betul minta maaf atas apa yang berlaku, saya mengaku saya salah apa yang saya komen ini.

“Sekali lagi saya betul-betul minta maaf atas perbuatan saya ini dan saya janji saya tidak akan ulangi lagi perbuatan ini,” katanya pada hantaran itu hari ini.

Kosmo! melaporkan, Fadhlina membuat laporan polis berhubung fitnah liar yang cuba mengaitkan dirinya dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Sabah.

Beliau dipetik berkata, fitnah berkenaan lebih keterlaluan apabila turut mengheret nama arwah ibunya yang sudah tiada untuk dipertahankan.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selain tindakan undang-undang akan diambil bagi memberi pengajaran kepada semua pihak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI