fbpx
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat MED4IRN Bil. 4/2025 hari ini. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Internet IPTA dipertingkat, bakal luas ke TVET dan kolej

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan terus memperkukuh agenda digital negara dengan menambah baik akses internet di institut pengajian tinggi awam (IPTA), yang bakal diperluas ke kolej serta institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi AI Nation 2030, yang menyasarkan Malaysia menjadi peneraju serantau dalam bidang kecerdasan buatan.

“Dalam Mesyuarat MED4IRN Bil. 4/2025 yang saya pengerusikan, saya tegaskan bahawa kemajuan teknologi mesti seiring dengan pulangan nyata dari segi produktiviti dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan sedang melaksanakan pendigitalan perkhidmatan awam melalui pembangunan aplikasi sehenti MyGOV Malaysia.

Katanya, semua kementerian dan agensi telah diarahkan untuk segera mengintegrasikan perkhidmatan masing-masing ke dalam platform tersebut.

“Sebagai langkah pendigitalan perkhidmatan awam, MyGOV Malaysia dibangunkan sebagai platform sehenti semua urusan kerajaan, justeru saya telah mengarahkan agar semua kementerian dan agensi segera mengintegrasikan perkhidmatan mereka ke dalam aplikasi ini,” katanya.

Pada masa sama, Anwar memaklumkan pelaksanaan MyDigital ID diteruskan dengan sasaran 15 juta pendaftaran menjelang akhir tahun dibantu proses pengesahan melalui Jabatan Pendaftaran Negara.

“Pesanan saya, infrastruktur digital yang kukuh adalah asas penting dalam memacu ekonomi digital dan memastikan teknologi benar-benar memanfaatkan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN