DALAM menempuh era persaingan global dan tekanan kelestarian, keupayaan syarikat atau perusahaan untuk mengurus operasi secara cekap menjadi faktor penentuan daya saing industri. Namun begitu, kecekapan mengurus tidak hanya terletak pada keupayaan organisasi untuk merangka strategi korporat yang baik atau penerapan teknologi canggih semata-mata. Sebaliknya, ia turut ditentukan oleh kesiapsiagaan tenaga kerja. Ketua Jabatan Sains Pemutusan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Suhana Mohezar Ali berkata, dalam hal itu, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan……