fbpx
DONALD TRUMP - Foto AFP

Trump beri amaran terakhir kepada Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan amaran terakhir kepada Hamas dengan menyatakan, kumpulan pejuang Palestin itu mesti menerima perjanjian untuk membebaskan tebusan Israel di Semenanjung Gaza.

“Israel telah menerima syarat saya. Kini tiba masanya untuk Hamas turut menerimanya. Saya memberi amaran kepada Hamas tentang akibat sangat buruk  jika menolaknya. 

“Ini amaran terakhir saya,” kata Trump di media sosial miliknya, Truth Social tanpa memberikan butiran lanjut.

Dalam satu kenyataan susulan Hamas berkata, pihaknya bersedia duduk di meja rundingan bagi membincangkan idea Washington untuk mencapai gencatan senjata.

Media AS, Axios melaporkan bahawa utusan White House, Steve Witkoff telah menghantar cadangan baharu kepada Hamas minggu lalu berhubung perjanjian tebusan dan gencatan senjata di Gaza.

Namun, White House belum mendedahkan sebarang butiran mengenai cadangan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN