fbpx
Yi Jia (lima dari kanan) bersama Anna Jobling pada majlis pelancaran koleksi terbaharu Tomei sempena kempen perkahwinan bertemakan Her Vintage Vow di Putrajaya.

Tomei lancar koleksi berlian, khusus untuk bakal pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama barang kemas terkenal Tomei, sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan kempen perkahwinan terbaharu bertemakan Her Vintage Vow.

Kempen tersebut adalah sebagai penghormatan terhadap kekuatan lembut, warisan budaya serta perjalanan setiap wanita menuju hari bahagia.

Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia berkata, pelancaran kempen tersebut memberi ruang kepada setiap pengantin untuk mengekspresikan diri secara autentik serta melambangkan keberanian wanita untuk meraikan identiti mereka sendiri.

Jelasnya, kempen tersebut memperkenalkan empat koleksi utama iaitu Diamond, Yellow Diamond, Diamond Cut dan Pearl.

“Her Vintage Vow bukan sekadar koleksi perhiasan, tetapi simbol janji cinta dan keperibadian.

“Kami mahu setiap pengantin merasakan bahawa diri mereka diraikan dengan cara paling asli melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka,”katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Yi Jia berkata, Diamond Collection terus mencatatkan permintaan paling tinggi kerana rekaannya kekal relevan dan menjadi pilihan utama pengantin moden.

“Diamond Collection kekal sebagai koleksi paling mendapat sambutan kerana keindahannya tidak pernah pudar. Ia adalah simbol keanggunan yang dekat di hati ramai pengantin hari ini,”katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, sempena kempen itu juga Tomei turut menganjurkan Tomei Wedding Fair di IOI City Mall, Putrajaya, bermula 3 hingga 16 September depan.

Pengunjung berpeluang meneroka keseluruhan koleksi Bridal 2025, menyertai sesi Style Talk bersama pelakon Anna Jobling serta kolaborasi dengan Tangsi Tujuh yang memberi perspektif baharu dalam gaya perkahwinan Nusantara moden.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk Sanrio Blind Box edisi baharu, 999 Hello Kitty Sports Medal Gold Wafer dan banyak lagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN