fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Nadir Al-Nuri di laman Instagram.

Misi flotila membujur lalu melintang patah – Nadir Al-Nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Peranan yang dimainkan aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bukan sekadar berada di atas kapal misi flotila semata-mata, sebaliknya turut digerakkan dari belakang tabir menerusi strategi, dana dan perancangan rapi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, beliau menjelaskan sebab tidak menaiki kapal fasa pertama dari Barcelona ke Tunisia dalam misi Sumud Nusantara ke Gaza.

Beliau berkata, peranannya adalah menyokong gerakan itu melalui dana, kelengkapan logistik dan penyediaan tenaga sukarelawan dari seluruh dunia.

Katanya, peranan itu juga termasuk menyusun strategi bersama pasukan di belakang agar misi tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

“Tugas saya mendanai dan membeli ‘kuda-kuda’ yang akan dipacu. Kemudian menyediakan 1,001 pejuang dari seluruh dunia yang bersedia berkorban dan terkorban demi Palestin supaya tak kalah, membujur lalu melintang patah. Semoga barakah!” katanya.

Misi Sumud Nusantara merupakan sebahagian daripada konvoi kemanusiaan global yang membawa mesej solidariti ke Gaza melibatkan aktivis lebih dari 44 buah negara. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN