fbpx
GAMBAR HIASAN

Kerajaan teliti cadangan naikkan harga beras tempatan kepada RM3.60

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneliti permintaan supaya harga runcit beras putih tempatan (BPT) dinaikkan daripada RM2.60 kepada RM3.60 sekilogram.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kajian menyeluruh perlu dilakukan memandangkan harga beras import kini menurun sekali gus memberi kesan terhadap permintaan beras tempatan.

“Kita sedang buat kajian dan meneliti perkara itu disebabkan harga beras import sekarang menurun.

“(Kenaikan harga) tidak boleh dibuat dengan tergesa-gesa sebab perubahan harga akan sentiasa berlaku. Harga beras import sekarang memang murah dan kita sedang membuat kajian intensif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengairan Dunia ke-4 (WIF4) dan Mesyuarat Majlis Eksekutif Antarabangsa ke-76 (IEC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) menggesa kerajaan menaikkan harga runcit BPT kepada RM3.60 sekilogram bagi menampung peningkatan kos operasi susulan harga lantai belian padi dinaikkan kepada RM1,500 satu tan metrik sejak 16 Februari lalu.

Tuntutan sama turut disuarakan Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) yang memaklumkan pengilang serta pemborong kini berdepan pelbagai kos tambahan.

Sebelum ini, Mohamad Sabu pernah menjelaskan kementerian sedang menjalankan kajian mendalam ekoran jualan beras tempatan yang semakin merosot berikutan perbezaan harga dengan beras import tidak begitu ketara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI