fbpx
Mohd. Zukeri (tengah) didenda RM2,500 atas kesalahan menjual ayam panggang berempah tercemar bakteria di Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

Jual ayam panggang tercemar, peniaga Bazar Ramadan Ajil didenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gara-gara menjual ayam panggang berempah tercemar bakteria di bazar Ramadan pada enam bulan lalu, seorang peniaga didenda RM2,500 di Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini, hari ini.

Majistret Norsyuriza Zulkifli memutuskan demikian selepas Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Zukeri Bidin, 53, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan. Beliau menetapkan hukuman penjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda.

OKS yang tidak diwakili peguam menjelaskan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Zukeri didakwa menjual ayam panggang berempah tercemar.

Sampel makanan itu yang diambil penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) disahkan mengandungi bakteria Coliform.

Perbuatan itu didakwa dilakukan OKS di Bazar Ramadan Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 4.30 petang,10 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa KKM, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Hamdan Jusoh @ Mamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN