fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa empat negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam satu kenyataan, amaran itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah seluruh negeri Perlis, Langkawi di Kedah serta daerah Barat Daya dan Timur Laut di Pulau Pinang,” ujarnya.

Selain itu, kawasan yang terlibat di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI