fbpx
ONANA berdepan kritikan hebat di United selepas dia bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaik sejak dua musim lalu. - AFP

EPL: Onana bakal tinggalkan Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, Andre Onana hampir pasti meninggalkan Old Trafford apabila kelab itu sudah bersetuju dengan tawaran untuk melepaskan khidmatnya sebagai pemain pinjaman.

Onana hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang dua aksi Liga Perdana Inggeris apabila gagal mendapat kepercayaan pengurus, Ruben Amorim, malah dia turut mempamerkan aksi goyah ketika United disingkirkan Grimsby pada aksi Piala Liga Inggeris.

Kehadiran penjaga gol baharu, Senne Lammens dari Royal Antwerp juga menambah kesulitan untuk Onana kembali sebagai penjaga gawang No. 1 United menyebabkan dia juga bersedia mencari angin baharu.

Laporan menyebut bahawa United sudah bersetuju untuk melepaskan khidmat Onana untuk menyertai kelab Turkiye, Trabzonspor secara pinjaman untuk semusim penuh dan persetujuan secara lisan sudah dicapai.

Pemergian Onana menyaksikan seorang lagi penjaga gol, Altay Bayindir akan terus kekal biarpun turut berdepan isu prestasi apabila United hanya akan melepaskan seorang sahaja pemain di posisi tersebut meninggalkan pasukan.

Sejak tiba dari Inter Milan pada 2023, Onana dihujani kritikan ekoran aksi goyah yang dipamerkan sehingga beberapa kali menjadi punca pasukan itu gagal meraih kemenangan termasuk menanggung kekalahan.

Sepanjang 102 penampilan bersama The Red Devils, Onana telah membenar 150 gol membocori gawangnya sehingga posisi berkenaan dianggap paling bermasalah sejak pasukan itu dikemudi Erik Ten Hag. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN