fbpx
Ahmad Zahid pada sidang Dewan Negara hari ini - Foto JABATAN PENERANGAN

Dewan Negara: Kerajaan akan pinda Akta Orang Asli 1954

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bagi meningkatkan mobiliti sosial Orang Asli supaya mereka mampu ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan masyarakat lain di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu antara lain akan membolehkan masyarakat Orang Asli bersaing secara positif dalam bidang kerjaya.

“Banyak saya pelajari ketika melawat Orang Asli di New Zealand. Hak golongan ini dikembalikan sehingga memiliki industri tenusu, perladangan dan lain-lain yang kemudian dieksport.

“Insya-Allah kita akan lakukan bukan sahaja melalui pindaan Akta 134, tetapi beberapa pendekatan baharu agar taraf kehidupan Orang Asli meningkat,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad berhubung sasaran meningkatkan pembabitan Orang Asli berkhidmat dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, jumlah golongan profesional dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencatatkan peningkatan.

Menurut beliau, ia termasuk lebih 20 individu Orang Asli memiliki taraf pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD) yang membuktikan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli.

Kata beliau, pengangkutan dan elaun RM4 sehari serta banyak bantuan lain turut diberikan kepada murid sekolah rendah dan menengah Orang Asli bertujuan menggalakkan peningkatan mobiliti sosial dalam kalangan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN