fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Negara: 62.5 peratus graduan bekerja dalam bidang dipelajari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak 62.5 peratus atau seramai 134,029 graduan negara ini bekerja dalam bidang yang mereka pelajari berdasarkan data tahun lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mustapha Sakmud berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 4.6 peratus dari tahun 2021.

“Graduan warga Malaysia yang bekerja dalam bidang bagi tahun 2024 adalah seramai 134,029 orang atau 62.5 peratus.

“Ini menunjukkan terdapat penurunan daripada segi graduan yang bekerja di luar bidang atau ‘mismatch’,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Koh Nai Kwong berhubung laporan lebih 2 juta graduan bekerja di luar bidang atau dalam pekerjaan tidak setaraf dengan pendidikan.

Mustapha berkata, graduan yang bekerja dalam kategori mahir pada tahun 2024 pula adalah sebanyak 110,162 orang atau 66.2 peratus
turut meningkat sebanyak 4.1 peratus dari tahun 2021.

Menurut beliau, jumlah itu menunjukkan terdapat penurunan daripada segi graduan yang bekerja tidak setara dengan kelayakan pendidikan.

Tambah beliau, bagi kategori graduan belum bekerja dalam kumpulan umur 21 hingga 25 tahun pada tahun 2024 pula seramai 11,164 orang atau 7.3 peratus.

Jelas beliau, angka itu mencatat penurunan daripada tahun 2021 iaitu 24,443 orang atau 16.1 peratus.

“KPT menyambut baik sasaran keberhasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 untuk mencapai 70.1 peratus kadar graduan bekerja setara dengan kelayakan pendidikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN