fbpx
Anggota penyiasat memeriksa lokasi penemuan cebisan tubuh mangsa. - Okezone

Cebisan tubuh manusia berselerak atas gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk Mojokerto, wilayah Jawa Timur digemparkan dengan penemuan berpuluh-puluh cebisan tubuh manusia yang dikerat-kerat dan dibuang secara berselerak di sebuah kawasan gaung di Gunung Welirang, lapor laman berita Okezone semalam.

Seorang pemotong rumput, Sulismanto, menemukan kaki, kulit kepala dan tangan yang sudah dibakar ketika bekerja.

“Ketika saya mahu memotong rumput, saya terjumpa potongan kaki lalu dengan segera melaporkannya kepada ketua masyarakat setempat dan balai polis,” katanya.

Polis tiba di tempat kejadian dan segera menjalankan siasatan di kawasan gaung sedalam 10 meter di lokasi sepanjang 100 meter.

Anggota polis kemudian menemukan berpuluh-puluh bahagian badan manusia termasuk tapak kaki kiri, kulit kepala dengan rambut panjang dan cebiasan daging tanpa tulang.

Sementara itu, laman berita Berita Jatim melaporkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Mojokerto telah berjaya menahan suspek serta mengenal pasti mangsa sebagai Tiara Angelina Saraswati, 25.

Suspek, Alvi Maulana, 24, merupakan teman lelaki mangsa dan dia diberkas di sebuah rumah tumpangan di kawasan Lidah Wetan, Surabaya.

Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala anggota badan mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI