fbpx
HAIRUL AMIN menunjukkan sebahagian siling kelas yang runtuh akibat kayu tetulang bumbung yang sudah reput, membuktikan betapa seriusnya ancaman keselamatan di SK Serkam Darat, Jasin. Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Bumbung SK Serkam Darat reput, murid terdedah bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JASIN – Lebih 600 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Serkam Darat dekat sini berdepan risiko keselamatan apabila struktur bumbung dan sistem pendawaian sekolah berusia 25 tahun itu dilaporkan semakin uzur.

Keadaan tersebut sudah berlarutan hampir dua tahun sehingga menyebabkan sebuah kelas di Blok B terpaksa ditutup selepas siling runtuh, manakala sebuah lagi kelas dijangka turut mengalami situasi sama.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Serkam Darat, Hairul Amin Madon berkata, masalah itu melibatkan semua tiga blok bangunan sekolah dengan kayu tetulang reput serta genting dan siling yang banyak jatuh.

“Bumbung kayu semakin reput, ada genting jatuh dan siling runtuh, sekarang satu kelas sudah ditutup dan mungkin akan ada lagi kelas ditutup kerana bahaya.

“Kebimbangan utama ialah jika bumbung atau siling jatuh mengenai murid, masalah ini sudah hampir dua tahun berlarutan, namun masih belum ada tindakan tuntas,” katanya kepada Kosmo di sini, hari ini.

Katanya, sekolah berkenaan mempunyai seramai 619 murid serta 58 guru dan kakitangan sokongan.

Hairul Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Serkam Darat berkata, pihaknya berharap pihak berwajib tampil segera dengan tindakan penyelenggaraan menyeluruh demi keselamatan dan kelangsungan pembelajaran anak-anak di sekolah tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN