fbpx
Poster yang dikongsi PHM di media sosial mereka hari ini.

Buli pakar patologi titik terendah dalam kerjaya perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Public Health Malaysia (PHM) menyifatkan serangan terhadap pakar forensik patologi, Dr. Jessie Hiu sebagai titik terendah dalam profesion perubatan negara ini.

Menerusi satu hantaran di laman X, PHM berkata, tindakan membuli dan menyerang peribadi seorang doktor yang menjalankan amanah berdasarkan fakta adalah tidak wajar serta memalukan profesion itu sendiri.

“Inilah titik paling rendah apabila seorang profesional yang memikul amanah mencari kebenaran dipijak hanya kerana fakta yang dibawa tidak memuaskan hati sesetengah pihak.

“Semalam, laporan polis telah dibuat. Mana-mana pihak yang keterlaluan dalam pembulian ini wajar dikenakan tindakan undang-undang,” tulis PHM.

Menurut PHM lagi, solidariti yang ditunjukkan bukan sekadar untuk Dr. Jessie, malah seluruh komuniti perubatan yang sering menjadi sasaran apabila sesuatu fakta tidak selari dengan kehendak awam.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Dr. Jessie membuat laporan polis selepas menerima ugutan susulan keterlibatannya dalam inkues kematian kanak-kanak, Zara Qairina.

Beliau yang memiliki pengalaman luas dalam bidang forensik, pernah mengendalikan ratusan bedah siasat termasuk kes jenayah berprofil tinggi, turut menjadi rujukan dalam bidangnya.

PHM turut menyeru orang ramai agar menghentikan budaya buli dan sekiranya ada keraguan, saluran yang betul seperti polis atau SPRM perlu digunakan.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI