TUGAS seorang pempengaruh atau ‘influencer’ bukan sekadar mempamerkan wajah cantik dengan kehidupan sempurna, tetapi memainkan pelbagai peranan bagi memberi inspirasi kepada pengikut masing-masing. Dalam konteks itu, gadis pilihan Pesona Ahad, Qhaisha Natasha, 26, beranggapan seorang pempengaruh itu perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan selain bijak membawa diri agar kekal relevan dalam industri diceburi. Kepada Kosmo! Ahad, beliau berkongsi perjalanan kerjaya sebagai seorang pencipta kandungan dan perunding pelaburan selain minat mendalam terhadap bidang masakan yang disifatkan sebagai bahasa cinta kepada insan tersayang.……