fbpx
GAMBAR fail Shigeru Ishiba. - Foto AFP

PM Jepun berhasrat mahu letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba memutuskan untuk meletak jawatan, lapor media tempatan hari ini ketika ahli-ahli partinya mahu mengadakan pemilihan kepimpinan baharu susulan kekalahan besar dalam pilihan raya dewan atas.

Keputusan itu dibuat kurang setahun selepas pemimpin berusia 68 tahun itu mengambil alih kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang sudah lama mendominasi pemerintahan negara tersebut. 

Sejak itu, beliau telah kehilangan majoriti dalam kedua-dua dewan Parlimen.

Stesen penyiaran awam, NHK melaporkan bahawa Ishiba membuat keputusan tersebut bagi mengelakkan perpecahan dalam parti, manakala akhbar harian, Asahi Shimbun pula melaporkan, beliau tidak mampu menahan desakan kuat supaya berundur.

Menteri pertanian dan seorang bekas perdana menteri dilaporkan bertemu dengan Ishiba pada malam semalam untuk menggesanya supaya berundur secara sukarela.

Menurut NHK, Ishiba dijangka mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan dalam sidang akhbar.

Minggu lalu, empat pegawai kanan LDP termasuk orang nombor dua parti itu, Hiroshi Moriyama menawarkan diri untuk meletakkan jawatan.

Penentang Ishiba telah mendesaknya supaya berundur bagi mengambil tanggungjawab atas keputusan pilihan raya, susulan undian dewan atasan pada Julai lalu.

Mereka yang menyokong langkah itu termasuk bekas perdana menteri berpengaruh berusia 84 tahun, Taro Aso, demikian menurut laporan media tempatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI