fbpx
Tuanku Zara (dua dari kanan) berkenan melawat pameran di bangunan baharu PPCS di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Lebih 8,000 hidap penyakit mengancam nyawa jalani rawatan paliatif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Lebih 8,800 penghidap pelbagai penyakit mengancam nyawa telah menjalani khidmat rawatan yang diberikan oleh Pertubuhan Rawatan Paliatif Perak (PPCS) sejak 30 tahun lalu.

Rawatan paliatif ialah perkhidmatan penjagaan oleh pasukan bantuan perubatan dan kesihatan kepada mereka yang menghidap penyakit seperti kanser untuk mencapai keselesaan hidup serta kawalan simptom.

Presiden PPCS, Dr. Koh Wai Keat berkata, sejak 1995 perkhidmatan yang diberikan meliputi pelbagai kaum dan lapisan umur.

“Misi kami ialah menyediakan keselesaan kepaa mereka yang menghadapi penyakit terminal dengan harapan memberi mereka kualiti hidup yang baik,” katanya semasa menyampaikan sembah ucapan dalam majlis pembukaan pejabat baharu pertubuhan itu di sini hari ini.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat untuk merasmikan pejabat tersebut yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, yang dibangunkan dengan kos mencecah lebih RM1 juta.

PPCS ditubuhkan pada tahun 1995 dan sehingga 31 Julai 2025, seramai 8,824 pesakit telah diberikan perkhidmatan.

Petubuhan itu juga memberikan pinjaman peralatan perubatan kepada pesakit di bawah jagaan mereka termasuk menawarkan perkhidmatan sokongan emosi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI