fbpx
Che Bunga (kiri) menceritakan kejadian menimpa suaminya kepada Erwan Shah di Kampung Kelaboran, Tumpat hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Setiap malam saya tunggu dia pulang ke rumah – Isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Keluarga warga emas, Ahmad Hussin, 71, yang hilang selepas keluar memancing di perairan Kelantan pada 30 Ogos lalu memohon supaya operasi mencari mangsa disambung semula selepas dihentikan semalam.

Che Bunga Yaakob, 68, berkata, dia yakin suaminya masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan Pantai Geting di sini.

Katanya, meskipun masih belum menemui sebarang petunjuk, dia tetap berdoa agar suaminya dijumpai dalam keadaan selamat.

“Saya yakin suami masih ada (selamat). Setiap malam saya tunggu dia pulang ke rumah. Saya dan keluarga adakan solat hajat di masjid selepas suami hilang sejak seminggu lalu,” katanya ketika ditemui selepas menerima kujungan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi di Kampung Kelaboran di sini hari ini.

Sementara itu, Erwan Shah berkata, walaupun operasi mencari dan menyelamat dihentikan sepenuhnya, pihaknya masih melakukan pemantauan di perairan Kelantan.

Katanya, APMM Kelantan sudah melakukan operasi pencarian di laut dan udara membabitkan jarak sejauh 881 batu nautika, namun tiada sebarang petunjuk dijumpai setakat ini.

“Kita turut meminta bantuan nelayan tempatan dan Thailand untuk membantu mencari Ahmad,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN