fbpx
Raja Azura (kanan) bersama Megat Luqman Hakim selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102, Shah Alam hari ini.

Kejayaan anak adalah kejayaan saya – Raja Azura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Engku atau KE menganggap kejayaan anak-anaknya di dalam pelajaran sebagai kejayaan dirinya juga sebagai insan yang bergelar ibu tunggal.

Menurut artis serba boleh itu, sebagai ibu tunggal yang menjadi harapan keluarga, dia ingin dilihat menjadi ikon kepada anak-anaknya dalam melayari kehidupan serba mencabar hari ini.

“Pendidikan awal yang saya terapkan kepada anak-anak saya adalah untuk melihat keperibadian saya sebagai seorang ibu, sebelum mereka melangkah lebih jauh.

“Didikan saya kepada anak-anak untuk melihat saya sebagai ikon mereka, yang mana saya kena betulkan diri saya sebelum saya mendidik anak-anak seperti mana yang saya mahukan,” katanya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan anak keduanya, Megat Luqman Hakim Adzmin, 22 ,menerima Diploma Pengurusan Acara pada Istiadat Konvokesyen UiTM ke-102 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam di sini hari ini.

Raja Azura, 52, yang popular dengan drama Mat Despatch berkata,dia mengharapkan ketiga-tiga anaknya iaitu Megat Muhammad Raziq, 23; Megat Luqman Haqim, 22; dan Puteri Mia Maizura, 20 berjaya dalam pelajaran sebagai bekal menjalani kehidupan mereka.

Sementara itu menurut Megat Luqman Hakim berkata,dia tidak merasakan menjadi anak seorang selebriti sebagai satu masalah besar, kerana perkara paling penting adalah untuk memenuhi cita-citanya
berjaya dengan cemerlang dalam bidang pengurusan acara satu hari nanti. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN