GUA MUSANG – Kehidupan masyarakat Orang Asli suku Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Pos Pasik di sini terancam ekoran kehadiran tiga ekor gajah liar yang memusnahkan sumber makanan seperti ubi kayu dan pisang milik mereka. Penduduk mendakwa, tiga gajah liar sering berkeliaran di tanah pertanian sejak setahun lalu menyebabkan ada keluarga yang terputus makanan dan terpaksa menanggung kerugian. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Pos Pasik, Jimi Arifin berkata, hampir 1,000 penduduk turut bimbang dengan……