fbpx
BARANGAN yang dirampas daripada suspek. - Foto Polis Singapura

Beri alasan kad bank rosak, lelaki diperdaya pelancong China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sepasang warga China yang berpura-pura menjadi pelancong ditangkap kerana didakwa menipu seorang lelaki Singapura sebanyak SG$800 (RM2,600) di samping sebentuk cincin emas palsu yang dijadikan cagaran, lapor portal berita MSNews hari ini.

Suspek lelaki berusia 31 tahun dan wanita berumur 30 tahun didakwa menipu mangsa dengan menyatakan bahawa mereka mengalami masalah kewangan kerana kad bank rosak, selain perlu membayar penginapan hotel dengan segera.

Mangsa kemudian mengeluarkan wang tunai SG$800 dan menyerahkannya kepada suspek.

Suspek kemudian menunjukkan resit pemindahan wang palsu dan memberikan sebentuk cincin emas tiruan, sambil mendakwa bahawa ia bernilai SG$3,660 (RM12,000).

Namun, mangsa kemudian mendapati bahawa wang tersebut tidak dikreditkan ke dalam akaun banknya sebelum mendapat tahu bahawa cincin yang dicagarkan adalah palsu setelah pergi ke kedai pajak gadai.

Kedua-dua suspek ditangkap polis dalam tempoh 24 jam selepas laporan dibuat pada Khamis lalu.

Sejumlah wang tunai sebanyak SG$1,578 (RM5,200) telah dirampas di samping 15 bentuk cincin emas tiruan serupa serta telefon bimbit yang mengandungi resit transaksi palsu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN