fbpx
Ahli keluarga Muhammad Amsyar Muqri terpaksa dipimpin setelah melakukan pengecaman mangsa di lokasi kejadian.

‘Alhamdulillah, anak saya dah jumpa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERLUN: “Alhamdulillah! Jumpa juga anak saya.”

Demikian luah Masri Hassan, 43, bapa kepada Muhammad Amsyar Muqri, 18, yang ditemukan lemas dalam insiden mesin padi terhumban dalam sungai di Kampung Sanglang, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sanglang, di sini semalam.

Bekas tentera itu memberitahu, dia tidak berganjak dari lokasi kejadian sejak semalam dan cuma pulang ke rumah di Sungai Korok, Jitra untuk solat sebelum kembali ke lokasi.

“Pagi ini saya pulang untuk solat Subuh dan buat solat hajat berdoa supaya anak saya ditemukan secepat mungkin. Saya dan keluarga reda serta menerima seadanya apa yang menimpa anak kami ini.

“Alhamdulillah, pagi ini anak kami ditemukan. Bersih wajahnya nampak tenang sahaja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Mayat remaja berkenaan ditemukan pada pukul 10 pagi hari ini hanya 10 meter dari lokasi dipercayai dia terjatuh.

Bercerita lanjut, kata Masri, anak sulung daripada dua beradik itu mengikuti tiga rakan sekampungnya di situ kerana bercuti tiga hari sempena Maulidur Rasul serta cuti hujung minggu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI