fbpx
Ahmad Farhan menyampaikan sumbangan Perdana Menteri kepada veteran ATM, Mohd. Rawi di Kuantan, Pahang semalam.

Air mata veteran ATM mengalir terima sumbangan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak dapat menahan sebak ketika menerima sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Setiausaha Politik Perdana Menteri iaitu Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, air mata veteran ATM itu, Mohd. Rawi Hussin dilihat mengalir sebaik disapa oleh wakil Perdana Menteri.

“Saat kami tiba di kediamannya di Taman Balok Pantai, Kuantan (Pahang), pak cik Mohd. Rawi Hussin tidak dapat menahan sebak. Air matanya terus mengalir sebaik kami menyapa.

“Beliau seorang veteran ATM yang menghidap penyakit saraf, namun kekal sabar dan tabah menghadapi kehidupan sehari-hari,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Farhan berkata, Hari Malaysia bukan sekadar tarikh dalam kalendar, tetapi juga ruang untuk kita mengenang jasa para pejuang bangsa.

Menurut beliau, Mohd. Rawi antara wira yang pernah berkorban demi tanah air bagi membolehkan rakyat hari ini hidup dalam suasana aman dan merdeka.

“Bagi pihak Perdana Menteri, saya menyampaikan sumbangan tunai serta bakul makanan sebagai tanda kasih dan penghargaan.

“Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau jauh lebih besar daripada apa sahaja yang mampu kita balas.

“Semoga Allah S.W.T terus mengurniakan kesihatan, kekuatan, dan ketenangan buat pak cik Rawi, serta menjadikan pengorbanannya sebagai amal jariah yang berkekalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI