fbpx
Tangkap layar CCTV yang mendakwa wanita yang telah menebus bantuan Sara individu lain bersama resit pembelian menggunakan wang terbabit di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah pada 2 September lalu.

Wanita terkedu, bantuan Sara ditebus individu lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita terkedu apabila wang bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) RM100 telah ditebus individu lain di sebuah pasar raya di Tawau, Sabah pada 2 September lalu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Nam Din, kejadian malang itu telah berlaku ke atas wanita yang menetap di Selangor dan telah kehilangan kad pengenalannya sewaktu melawat Sabah sebelum ini.

Jelas perkongsian itu, ekoran kejadian itu, kad pengenalan wanita terbabit telah digunakan oleh individu lain untuk menebus bantuan Sara di sebuah pasar raya di Tawau.

“Rakaman kamera sekuriti (televisyen litar tertutup) menunjukkan seorang saudari (wanita) berbaju merah jambu menggunakan kad pengenalannya (mangsa berasal Selangor) untuk menebus Sara berjumlah RM98.60.

“Barang pembelian adalah dua kotak (papan) telur dan dua bungkus (kampit) beras seperti yang ditunjukkan dalam resit,” tulis Nam Din.

Mengulas lanjut, individu tersebut memberitahu, laporan polis telah dibuat oleh mangsa.

“Seterusnya biar pihak polis yang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap individu terlibat,”katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna telah meninggalkan pelbagai komen termasuk menasihatkan orang ramai supaya melaporkan terus kehilangan kad pengenalan kepada pihak berkuasa.

“Kalau Mykad hilang, hilang ,terus buat laporan polis kemudian ke JPN (Jabatan Pendaftaran Negara). Jadi MyKad hilang boleh di blok (sekat) untuk mengelakkan benda begini berlaku,”tulis Aura Kasih.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Jain B Durasid Jain.

“Kalau ada satu akta, jika sekiranya MyKad hilang, terus buat laporan di balai, automatik MyKad itu tidak berfungsi kan bagus,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI