fbpx
Ukiran di pasir pesisiran pantai oleh penduduk Gaza yang menanti kapal Global Sumud Flotilla dengan penuh harapan dan kesabaran.

Rakyat Gaza tidak sabar menantikan ketibaan Global Sumud Flotilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rakyat Gaza di Palestin teruja dan tidak sabar menantikan ketibaan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) di pesisiran pantai mereka.

Pendakwah, Rahmat Ikhsan Sofyan atau lebih dikenali PU Rahmat berkata ia dapat dilihat apabila tulisan ‘Welcome Global Sumud Flotilla, Break The Seige’ diukir pada pasir oleh rakyat Gaza sendiri.

“Orang Gaza tengah tunggu kita. Kalau tengok dekat pesisiran pantai, mereka (rakyat Gaza) dah buat ukiran seni untuk sambut kita.

“Kalau Israel tak sekat kita, insya-Allah kita akan berlabuh di pantai, kita akan turunkan doktor, makanan, susu formula, semua yang kita bawa ini,” katanya dalam siaran langsung di TikTok

Di dalam video dimuat naik di Instagram Nadir Al-Nuri, meskipun berlatar belakangkan kawasan pembangunan yang musnah dibedil misil tentera Israel, rakyat Gaza dilihat penuh harapan menunggu bantuan kesihatan dan makanan dari GSF itu.

Sementara itu, PU Rahmat berkata, di setiap kapal ditempatkan seorang doktor yang akan memberikan bantuan kesihatan kepada rakyat Gaza sejurus kapal berlabuh di pesisiran pantai.

“Atas kapal saya ada seorang doktor wanita dari Sweden berusia 60-an, bukan Islam, tapi dia sanggup tinggalkan kerjayanya demi sertai misi ni.

“Kalau dia (doktor) sampai ke pantai Gaza, saya bayangkan ramai budak-budak akan diberikan rawatan,” katanya.

Misi kemanusian GSF memulakan pelayaran dari pelabuhan Barcelona, pada 31 Ogos dengan usaha untuk memecahkan kepungan haram di Gaza.

Seramai 15 peserta daripada Malaysia telah menyertai misi bersejarah ini, pelayar yang tidak membawa senjata tapi hanya membawa bekalan bantuan untuk penduduk Gaza.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI