fbpx
Poster ucapan tahniah yang dikongsi Fadhlina di laman sosialnya hari ini.

Pelajar KV Gombak sapu emas tari di Bulgaria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Tari Kolej Vokasional (KV) Gombak mengharumkan nama negara selepas meraih kemenangan berganda di pentas antarabangsa pada World Championship of Folklore 2025.

Kumpulan anak muda berbakat itu bukan sahaja berjaya menggondol Pingat Emas bagi kategori Dance Group, malah turut meraih Anugerah Khas Grand Prix, Honourable Presentation of the Folklore Festivals serta pencalonan Grand Prix.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kejayaan itu amat membanggakan kerana dicapai ketika negara masih dalam suasana sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Syabas dan tahniah kepada semua anak-anak KV Gombak.

“Teruskan momentum kecemerlangan ini untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya di media sosial hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN