fbpx
MESSI memberi bayangan bersara selepas Piala Dunia 2026 sekali gus dua gol ketika menentang Venezuela menjadi jaringan terakhirnya di hadapan penyokong sendiri. - AFP

Messi berikan hadiah terakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Kapten Argentina, Lionel Messi mengakui tidak dapat menahan sebak apabila beraksi buat kali terakhir di laman sendiri pada kelayakan Piala Dunia 2026 selepas membantu pasukan menang 3-0 ke atas Venezuela, semalam.

Pada perlawanan di Stadium Monumental itu, Messi muncul wira buat skuad La Albiceleste selepas meledak dua gol dengan satu lagi jaringan disumbangkan Lautaro Martinez untuk mengukuhkan kedudukan pasukan selaku pendahulu peringkat kelayakan.

Jaringan tersebut menyaksikan pemain kelab Inter Miami itu kini meledak gol di pentas antarabangsa buat tahun ke-20 berturut-turut selepas melakukan jaringan pertama pada tahun 2006.

“Saya cukup beremosi kerana banyak pengalaman manis beraksi di stadium ini. Sokongan yang diberikan oleh peminat setia Argentina sangat luar biasa.

“Secara peribadi, ini adalah penutup karier antarabangsa yang terbaik dan seperti yang saya idamkan sama seperti ketika saya meninggalkan Barcelona. Saya gembira dapat bantu pasukan melakar kemenangan penting,” katanya.

Sementara itu, pengendali Argentina, Lionel Scaloni melihat Messi sudah memberikan yang terbaik di atas padang sehingga berjaya membantu pasukan mengesahkan kemaraan ke pentas Piala Dunia.

“Ini adalah perlawanan kelayakan Piala Dunia terakhir buat Messi dan sebagai jurulatih, saya gembira dengan kesempatan serta peluang yang dimiliki untuk membimbing pemain hebat sepertinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN