fbpx
FAISAL berdepan kemelut rumah tangga ketika ini menyebabkan dia direhatkan oleh Harimau Malaya. - FB MALAYSIA NT

Harimau Malaya hantar Faisal Halim pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU- Pemain sayap lincah Harimau Kebangsaan, Faisal Halim akan direhatkan daripada perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 menentang Palestin, Isnin ini susulan kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya.

Pengendali skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, keputusan itu dibuat setelah pihaknya mengambil kira keputusan terbaik buat pemain Selangor tersebut selain ia juga dibuat susulan kecederaan ringan di bahagian lutut yang dihadapi pemain tersebut.

“Kami telah memutuskan bahawa Mickey (Faisal) tidak akan bersama dalam sesi latihan menentang Palestin ini. Pada masa ini beliau mempunyai situasi peribadi dalam kehidupannya dan kami hormati.

“Selain itu, terdapat sedikit kecederaan kecil di bahagian lututnya, tetapi sebenarnya ia tidak menjejaskan prestasi dia dalam bola sepak. Namun, mengambil kira keadaan itu, keputusan tepat adalah untuk merehatkannya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini menjelang perlawanan persahabatan menentang Palestin.

Bagaimanapun, Cklamovski memuji komitmen diberikan Faisal sepanjang kem latihan dan kempen perlawanan persahabatan antarabangsa skuad kebangsaan ketika ini.

“Dia sentiasa mempersiapkan diri serta memberi tumpuan dalam perkembangannya baik di dalam mahupun luar padang. Saya yakin persiapannya tidak terjejas kerana dia seorang pemain bola sepak profesional, dia adalah inspirasi kepada pemain-pemain lain.

“Sebagai pengendali skuad kebangsaan, kami memberi sokongan 100 peratus kepadanya dan akan terus berbuat demikian,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI