fbpx
Anggota bomba di lokasi kejadian kemalangan di Kepala Batas, petang tadi.

Dua termasuk seorang anggota tentera maut, nahas dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Dua pemandu maut manakala seorang wanita cedera parah susulan nahas membabitkan dua kenderaan di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana, Kepala Batas di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu, Tan Kwang Sin, 56, iaitu pemandu Perodua Myvi maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Iswara, Muhamad Haziq Adnan, 22, yang juga anggota tentera meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Seorang lagi wanita yang duduk di bahagian penumpang Perodua Myvi mengalami patah tangan kiri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, kemalangan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing.

“Mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi menerima rawatan susulan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.48 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN