fbpx
DBKL mengesan pelbagai kesalahan pada operasi OPM yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara. -Foto Facebook DBKL.

Najis tikus ‘bersepah’, 8 premis makanan kotor ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan premis makanan ditutup selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam Operasi Penguatkuasaan Malam (OPM) yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan di Taman Maluri, Jalan Raja Bot, Jalan Hj Hussein, Kampung Bharu dan Jalan Datuk Keramat.

“Sebanyak 30 premis diperiksa menerusi operasi berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati lapan premis telah diarahkan tutup,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurut DBKL, pihaknya turut mengeluarkan 16 kompaun atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pemilik serta pekerja premis terbabit.

Jelas DBKL, antara kesalahan dikesan ialah pemilik atau pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan tidak menghadiri kursus pengendali makanan selain ada yang tidak memasang perangkap minyak di bawah sinki serta gagal menyelenggaranya.

“Pemeriksaan juga mendapati terdapat urungan najis tikus dan lipas di bahagian dapur serta rak penyimpanan makanan, lantai dan dinding kotor serta sisa makanan bersepah.

“(Malah) ada pemilik meletakkan kerusi dan meja di kaki lima serta beroperasi tanpa lesen perniagaan,” jelasnya.

DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“(Ini) bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi piawaian kebersihan dan syarat kesihatan yang ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN