fbpx
Kolam ikan itu ‘dikeringkan’ menggunakan pam untuk mencari iPhone milik seorang lelaki. - Instagram

Bomba diminta keringkan kolam sedalam 2 meter, cari iPhone 15 Pro Max  hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah kolam ikan sedalam 2 meter di Depok, wilayah Jawa Barat terpaksa ‘dikeringkan’ demi mencari telefon pintar jenis iPhone milik seorang lelaki yang hilang, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Perumahan Villa Graha Madani, daerah Sawangan semalam. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @depokfirerescue113 menunjukkan anggota-anggota  bomba menggunakan pam untuk mengeluarkan air dari kolam. 

Selepas air semakin berkurang, mereka turun ke dalam kolam dan berusaha mencari iPhone 15 Pro Max yang dilaporkan terjatuh. 

Telefon tersebut ditemukan tidak lama kemudian. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“iPhone itu milik seorang lelaki? Kenapa tak bantu bomba sekali?” kata seorang netizen. 

“Semoga dimurahkan rezeki pasukan bomba,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI