fbpx
DALAM media sosial ketika ini, ada netizen yang memetik nama Nicholas Siti Nurhaliza dan Duta sebagai aset kesayangan buat negara Malaysia serta Indonesia yang pemilikannya tidak boleh dijadikan pertukaran. Jenaka itu tercetus susulan konflik di Indonesia.

Balas budi Malaysia? Indonesia ‘simpan’ Duta, Nicholas Saputra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMELUT yang melanda Indonesia mencetuskan kemarahan ramai terutama terhadap sistem pentadbiran dan perusuh yang merosakkan fasiliti awam.

Namun, di sebalik tragedi itu, terselit perkara menghiburkan antara rakyat Indonesia dan Malaysia termasuklah pertukaran ‘harta’ dalam dunia hiburan.

Perkara tersebut tercetus apabila rakyat Indonesia terharu dengan kebaikan orang Malaysia memberikan makanan kepada penghantar makanan mereka.

Susulan itu, ada yang mula berseloroh untuk menuntut rakyat Indonesia membalas budi dengan memberi aktor Nicholas Saputra dan vokalis Sheila On 7 iaitu Duta Modjo kepada Malaysia.

Namun, netizen negara itu pula mengusik mahu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bagaimanapun, netizen dua negara tersebut enggan melakukan pertukaran berkenaan kerana menegaskan mereka adalah aset utama negara.

“Nicholas dan Duta tidak boleh ditukar, kami juga sukar untuk bertemu dengan mereka,” kata netizen Indonesia.

Situasi yang masih rancak menjadi bualan netizen itu mengundang gelak tawa ramai dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN