fbpx
Mohamad (dua dari kanan) menyempurnakan gimik Majlis Perasmian Bank Bergerak dan Kampung Angkat Madani Agrobank di Kampung Pantai Mek Mas, Kota Bharu hari ini. -Foto MUSTAQIM MOHAMED

Agrobank lancar bank bergerak keenam di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kepentingan Agrobank kepada negara tidak boleh hanya diukur berdasarkan keuntungan tahunan, sebaliknya perlu dinilai daripada sudut perkhidmatan yang berbeza berbanding institusi perbankan yang lain.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kepentingan bank tersebut lebih terarah kepada memberi perkhidmatan kepada pelbagai lapisan masyarakat terutama penduduk di kampung-kampung dan kawasan pendalaman.

“Agrobank melangkah setapak lagi dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan pendalaman dengan melancarkan perkhidmatan bank bergerak, lengkap dengan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang berfungsi dengan baik.

“Ini cukup bermakna dalam usaha memperkukuh ekonomi penduduk kampung dan pendalaman yang majoritinya golongan bumioutera,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Bank Bergerak dan Kampung Angkat Madani Agrobank di Kampung Pantai Mek Mas di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin memberitahu, pelancaran itu menyaksikan Agrobank kini memiliki enam unit bank bergerak secara keseluruhannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI