fbpx
Trump meminta penyokongnya untuk menumbang AS$15 demi ke syurga. - Getty Images/Metro

Trump minta penyokong sumbang RM64 seorang, mahu masuk syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila menghantar e-mel kepada penyokongnya untuk meminta sumbangan AS$15 (RM64) demi ke syurga, lapor akhbar Metro UK.

“Saya mahu mencuba dan pergi ke syurga. Tahun lalu, saya hampir mati apabila peluru menembusi kulit saya. Kepulangan saya di White House tidak sepatutnya berlaku.

“Namun, saya percaya Tuhan telah menyelamatkan saya atas satu sebab: UNTUK MENJADIKAN AMERIKA HEBAT SEMULA,” kata Trump dalam e-mel itu.

Trump turut memberitahu kepada penerima e-mel bahawa mereka telah melalui pelbagai cabaran bersama termasuk pertuduhan jenayah, pilihan raya yang ‘dicurangi’ serta percubaan membunuh.

“Ini adalah masa untuk menunjukkan kepada dunia bahawa kita TIDAK AKAN PERNAH berundur, TIDAK AKAN PERNAH walaupun seinci dan TIDAK AKAN MENYERAH dalam perjuangan untuk menyelamatkan negara ini.

“Sebab itu saya telah melancarkan BLITZ PENGUMPULAN DANA TRUMP 24 JAM, dan saya meminta semua orang untuk menyumbang AS$15,” tulis Trump.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan, perbadanan itu telah mengumpul sebanyak AS$1.86 juta (RM7.88 juta).

Bulan lalu, Trump memberitahu stesen penyiaran Fox and Friends bahawa beliau ingin cuba pergi syurga jika boleh.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN